STARLET GT



Untuk makluman korang, ni bukan keta aku hehe....alkisahnya begini...ank sedara hubby aku mmg minat giler dgn keta2 keluaran Toyota. Salah satunya toyota starlet la. Dia pun dh ada keta toyota starlet ni tapi 4 pintu punya. Pada satu hari sedang aku berjalan kat parking rumah maka muncul lah sebuah toyota starlet yg 2 pintu punya. Bentuk ble tahan cantik gak..so amik la gambar utk tujuan menjeleskan seseorang n mms kat dia...bl dpt ja gambar tu ank sedara hubby terus kol tnya pasal keta n nak beli........hmm bpe byk keta la yg dia nak ni........bg x menghampakan sesapa aku telah di beri tugas utk usya sapa pemilik keta ni. hari demi hari aku menjalankan tugas dgn penuh dedikasi tp malangnya x jmp jgk dgn tuan pny keta. bila dh penat terbitlah 1 idea yg bernas iaitu tggalkan note kat keta dia.........rasa mcm budak2 ja tp dh x dak pilihan nak bt mcm ner kan........ala2 anta surat cinta zaman sekolah...........


Ayat penuh sopan

Sebelum letakkan note tu tgk dulu kiri kanan bkn pe takot org tgk malu OOOooo...lagak dh mcm perompak nak curi keta ja...lepas letak ja baru rasa lega n masuk plak fasa kedua iaitu menunggu tuan pnya keta kol...dgn letakkan note tu maka sempurnalah tugas aku sebagai pengintip bebas yang penuh berkaliber...apa imbuhan yang aku dpt ?????
Lu pk la sendiri
(makin lama aku tgk keta ni makin berkenan plak cute gak huhu)




OPSss Patuh PUTRAJAYA !!!



JPJ dengan kerjasama semua Agensi Penguatkuasa iaitu PDRM, RELA dan PPJ akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu "Ops Patuh Putrajaya". Operasi penguatkuasaan ini melibatkan aktiviti sekatan jalan raya, penyamaran dan sebagainya. Semua jenis kesalahan akan diambil tindakan terutama yang melibatkan kesalahan meletak kenderaan,
hehe..(malu nak cita intro bukan main skema lagi ayat dia).

Ceritanya bermula mcm ni..Putrajaya akan ada pasar tani 2 ari ja dalam seminggu , memandangkan family aku nak berkumpul d p.jaya so aku pun g la pasar tani coz nak cari brg2 utk memenuhkan peti ais aku tuh.....asal ada pasar tani ja kawasan tepi jalan mesti penuh dgn keta parking tp pd hati 'malang' tersebut ada 5-6 biji keta ja kat c2. mula2 pelik la jgk tp terpikir mungkin org x ramai dtg kot n dgn penuh ghairahnya aku parking kat tepi jalan mcm besa maklumla keta x byk hehe....tapi langit x selalu cerah n ni la imbuhan dia ( gambar d bawah )

Saman pertama yang aku pernah dpt haaa....patut la x ramai yg letak kat situ. pe la malang nasib aku aritu. padahal dh lama tau ttg Ops Patuh tu n siap anta email lagi ingatkan kat kawan2 tapi diri sendiri lak yang kena.........alahai nasib.......


Adu....du......du........du...sakitnya :-(



Korang penah rasa x jari terkapit dengan pintu keta ? penah rasa sakit dia mcm ner ? penah rasa keperitan dia ? haaa utk suma tu aku dh rasa. Ari Khamis 8 April 2010 merupakan detik dimana terjadinya insident tu. Lepas balik dr keja aku g singgah kat Petrol pam Shell, Presint 8..tanpa melengahkan masa aku pun keluar dari keta dengan penuh yakinnya..saat tu pintu keta masih terbuka dan tanpa disedari tetiba ja pintu tu tertutup ble jadi lepas kena hembusan oleh angin yang sepoi-sepoi bahasa tuh...walaupun tertutup dgn slow n perlahannya tapi impak yang terkena kat jari aku yg gatal2 letak kat situ mmg sakit x terhingga.


Air mata mmg dh bergenang dh time tu tapi memandangkan keliling aku ramai org n perasaan malu n segan yang teramat sangat ku tahan jua sakit yg menimpa. Korang tgk la sampai bengkok jari aku d buatnya. bengkak n sampai skrg duk rasa sengal2. jenuh la g berurut. Nasib baik dh kawin kalau x kurang belanja hantaran hehe....

p/s : Kemalangan x mengira waktu

Anak TUDUNG syria

Pagi tadi office mate ' kak ely' mai bilik sembang2 sambil duk belek2 paper mega (sisipan paper utusan ) ada lak ternampak gambar2 tudung terkini n tajuk perbualan terus menyimpang kpd tudung syria, lantaran tu la aku terpanggil utk tulis pasal ni hehe..........Wanita Syria - kalau first time dgr mesti kte bayangkan wanita yang tinggi lampai berkulit cerah dan memakai hijab kan. dan sekarang fenomena memakai tudung or selendang ala2 wanita syria semakin meluas di negara kita. kalau dulu kita ada tudung rosalinda ( ms cita tu tengah top ) tudung wardina, tudung wahida, tudung datuk ct, tudung datuk K (walaupun datuk K x pakai tudung dan yang last tudung ariani mcm dlm cita endon tu. Kalau dah nama pun wanita mesti la sentiasa menjaga imej n ikut perkembangan kan ....bagi yang bertudung lak ada cara dia sendiri. Cara pakai dia nak kata rumit x la. kalau org dh besa pakai mesti depa ckp senang pny. just pakai anak tudung n pakai selendang ja simple but nice (^_^). Kebanyakan student yang ramai pakai gaya ni n menampakkan gaya keremajaan mereka..........
harga anak tudung lak bergantung kepada jenis fabrik ada yang RM10, RM13, RM15 n RM50 pun ada.

Walaupun zaman kegemilangan tudung ariani belum tamat lagi....anak tudung ala2 syira ni sudah mendapat tempat di kalangan golongan muda masa kini termasuk 'me' n aku pun tengah tergila gilakan anak tudung ni hehe........

Kepada kwn2 yang baru nak berjinak-jinak pakai anak tudung ni try dulu baru tau....sesungguhnya menutup aurat adalah amalan kita sebagai seorang muslim


Malang X BerBAU

MALANG X BERBAU....mungkin tu lah peribahasa yang paling sesuai utk nasib yang menimpa..pada 11 Januari 2010 aku n ...... telah pulang ke kampung utk amik ukuran baju pengantin kami otw balik lepas anta aku d putrajaya ........ telah terlibat dalam kemalangan di Sg.Petai Melaka pada jam 12.15 pagi (lebih kurang la waktu dia). Berita ni aku dpt ms otw nk g keja. menggeletar bl dpt tau tkot pape yang lagi buruk berlaku. sampai ja kt ofc terus bgtau bos n amik emergency leave 2 hari. dh la sehelai sepinggang aku terus g melaka tgk keadaan si .... sedih beb tgk keadaan dia tuhan je yang tau.....tp alhamdllah dia beransur pulih n harap dia x kan berada dlm keadaan mcm tu sekali lagi. Semoga Allah s.w.t melindungi....




















p/s : Berhati-hati ketika memandu

Kawan Ku kawin Oi Oi




Ni la dia gambar dua org kengkawanku....One n Azli. x kira aku susah or senang depa mesti sokong aku punya. gambar ni masa azli kawin tanggal 15 Feb 2010. Dia nikah pada 13 Feb 2010..tp yg bestnya esok nak nikah malam sebelum nikah dia ble lagi kuar dgn ktorang. tu la last kami keluar bertiga. lepas azli nikah semua dh lain kami pun x penah jumpa dh one lak bawak diri p sarawak ntah bila la balik. terkilan jgk coz depa x dpt dtg wedding aku tp nak bt mcm ner ada hal yg lagi penting depa kena buat. kepada korg berdua......walaupun kte dh jarang jumpa tapi persahabatan kita tetap kukuh sampai bila2 k. kpd azli - semoga bhgia disamping Shie & kpd One - jgn lupa dtg cari aku k aku tggu


20032010


ni masa baru besiap nak g masjid
Tanggal 20.3.2010 genap umurku 24 tahun. tarikh tu jugak aku telah ditunangkan n dinikahkan. so bg kwn2 yg x dapat dtg kenduri tu ble la tgk gmbr ni yer..so layannn........

saat ditunangkan haha

dah jadi isteri


merpati dua sejoli

makan beradap


Kepada kwn2 yang datang n x sempat jumpa pengantin aku minta maaf byk2 k x sempat nak layan hangpa. penat giler jadi pengantin coz ada 3 event dalam satu hari. Kpd kwn2 usm minta maaf coz farah x sempat nak jumpa. Kpd geng2 bukit merah laketown tima kasih sgt2 sudi datang meraikan walaupun resort bz aritu.
Kepada semua...kehadiran anda telah memeriahkan lagi majlis....
(20 Mac - tarikh keramat yang aku telah kongsikan dengan seseorang)