PangKoR - Part 1

Tanggal 22-24 Nov 2010 aku dan beberapa lagi rakan dari cawangan telah disenarai pendekkan untuk mengikuti kursus Team Building di Pangkor...(suma yg x cukup kursus ja yang kena p ) memandangkan awal2 taun aku di antara orang yang agak malas nak p kursus so nak x nak kena la pegi jugak kan....



Muka2 masa baru sampai kena dengar taklimat haha muka seposen ja dh la penat lagi coz perjalanan yang jauh dr Putrajaya ke Pangkor



Masa ni plak kena lukis gambar pemandangan ...pastu kena terangkan kaitan kehidupan kita dengan gambar tu...sebenarnya pemandangan yang aku lukis tu x dak kena mengena dgn hidup aku pun..ada yang nangis2 cita pasal family, hilang org tersayang, kesusahan hidup....sedih gak dengar..dlm kepala ni berpusing-pusing nak cerita pasal apa (tp bukan cita sedih la)....




Masa sampai suma x kenal, suma pakat dok monyok ja muka..pastu urusetia buat game tukar2 kasut haha lawak gak game ni ada yg kaki kecik tapi bila pakai kasut org lain dh jadi mcm sampan ja bila tgk...pastu kena cari sapa tuan punya kasut. . . riuh rendah la dewan tu



Tak lama lepas tu masa untuk dipecahkan ikut kumpulan...time nak bt kumpulan kalau boleh suma nak ikut geng konon-konon x leh nak berenggang la



Antara muka2 kwn2 dari cawangan tempat keja aku yang join kursus ni...

Aku Wanita Biasa




Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

21111.

1.Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.

2.Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

4. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.”

5. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

6. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.”

7. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”

9. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

10. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

11. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

12. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

13. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

14. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya IA menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya IA mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

dH ber CenDaWan


Semenjak dua menjak ni..rasa malas untuk berblog begitu membuak-buak..sebab tu la suma cendawan dh tumbuh kat blog ni...lama sangat x update..nak kata bz sangat x la pulak hmm....
so...tggu jelah bila saatnya hari rajin itu akan tiba....

STARLET GT



Untuk makluman korang, ni bukan keta aku hehe....alkisahnya begini...ank sedara hubby aku mmg minat giler dgn keta2 keluaran Toyota. Salah satunya toyota starlet la. Dia pun dh ada keta toyota starlet ni tapi 4 pintu punya. Pada satu hari sedang aku berjalan kat parking rumah maka muncul lah sebuah toyota starlet yg 2 pintu punya. Bentuk ble tahan cantik gak..so amik la gambar utk tujuan menjeleskan seseorang n mms kat dia...bl dpt ja gambar tu ank sedara hubby terus kol tnya pasal keta n nak beli........hmm bpe byk keta la yg dia nak ni........bg x menghampakan sesapa aku telah di beri tugas utk usya sapa pemilik keta ni. hari demi hari aku menjalankan tugas dgn penuh dedikasi tp malangnya x jmp jgk dgn tuan pny keta. bila dh penat terbitlah 1 idea yg bernas iaitu tggalkan note kat keta dia.........rasa mcm budak2 ja tp dh x dak pilihan nak bt mcm ner kan........ala2 anta surat cinta zaman sekolah...........


Ayat penuh sopan

Sebelum letakkan note tu tgk dulu kiri kanan bkn pe takot org tgk malu OOOooo...lagak dh mcm perompak nak curi keta ja...lepas letak ja baru rasa lega n masuk plak fasa kedua iaitu menunggu tuan pnya keta kol...dgn letakkan note tu maka sempurnalah tugas aku sebagai pengintip bebas yang penuh berkaliber...apa imbuhan yang aku dpt ?????
Lu pk la sendiri
(makin lama aku tgk keta ni makin berkenan plak cute gak huhu)




OPSss Patuh PUTRAJAYA !!!



JPJ dengan kerjasama semua Agensi Penguatkuasa iaitu PDRM, RELA dan PPJ akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu "Ops Patuh Putrajaya". Operasi penguatkuasaan ini melibatkan aktiviti sekatan jalan raya, penyamaran dan sebagainya. Semua jenis kesalahan akan diambil tindakan terutama yang melibatkan kesalahan meletak kenderaan,
hehe..(malu nak cita intro bukan main skema lagi ayat dia).

Ceritanya bermula mcm ni..Putrajaya akan ada pasar tani 2 ari ja dalam seminggu , memandangkan family aku nak berkumpul d p.jaya so aku pun g la pasar tani coz nak cari brg2 utk memenuhkan peti ais aku tuh.....asal ada pasar tani ja kawasan tepi jalan mesti penuh dgn keta parking tp pd hati 'malang' tersebut ada 5-6 biji keta ja kat c2. mula2 pelik la jgk tp terpikir mungkin org x ramai dtg kot n dgn penuh ghairahnya aku parking kat tepi jalan mcm besa maklumla keta x byk hehe....tapi langit x selalu cerah n ni la imbuhan dia ( gambar d bawah )

Saman pertama yang aku pernah dpt haaa....patut la x ramai yg letak kat situ. pe la malang nasib aku aritu. padahal dh lama tau ttg Ops Patuh tu n siap anta email lagi ingatkan kat kawan2 tapi diri sendiri lak yang kena.........alahai nasib.......


Adu....du......du........du...sakitnya :-(



Korang penah rasa x jari terkapit dengan pintu keta ? penah rasa sakit dia mcm ner ? penah rasa keperitan dia ? haaa utk suma tu aku dh rasa. Ari Khamis 8 April 2010 merupakan detik dimana terjadinya insident tu. Lepas balik dr keja aku g singgah kat Petrol pam Shell, Presint 8..tanpa melengahkan masa aku pun keluar dari keta dengan penuh yakinnya..saat tu pintu keta masih terbuka dan tanpa disedari tetiba ja pintu tu tertutup ble jadi lepas kena hembusan oleh angin yang sepoi-sepoi bahasa tuh...walaupun tertutup dgn slow n perlahannya tapi impak yang terkena kat jari aku yg gatal2 letak kat situ mmg sakit x terhingga.


Air mata mmg dh bergenang dh time tu tapi memandangkan keliling aku ramai org n perasaan malu n segan yang teramat sangat ku tahan jua sakit yg menimpa. Korang tgk la sampai bengkok jari aku d buatnya. bengkak n sampai skrg duk rasa sengal2. jenuh la g berurut. Nasib baik dh kawin kalau x kurang belanja hantaran hehe....

p/s : Kemalangan x mengira waktu

Anak TUDUNG syria

Pagi tadi office mate ' kak ely' mai bilik sembang2 sambil duk belek2 paper mega (sisipan paper utusan ) ada lak ternampak gambar2 tudung terkini n tajuk perbualan terus menyimpang kpd tudung syria, lantaran tu la aku terpanggil utk tulis pasal ni hehe..........Wanita Syria - kalau first time dgr mesti kte bayangkan wanita yang tinggi lampai berkulit cerah dan memakai hijab kan. dan sekarang fenomena memakai tudung or selendang ala2 wanita syria semakin meluas di negara kita. kalau dulu kita ada tudung rosalinda ( ms cita tu tengah top ) tudung wardina, tudung wahida, tudung datuk ct, tudung datuk K (walaupun datuk K x pakai tudung dan yang last tudung ariani mcm dlm cita endon tu. Kalau dah nama pun wanita mesti la sentiasa menjaga imej n ikut perkembangan kan ....bagi yang bertudung lak ada cara dia sendiri. Cara pakai dia nak kata rumit x la. kalau org dh besa pakai mesti depa ckp senang pny. just pakai anak tudung n pakai selendang ja simple but nice (^_^). Kebanyakan student yang ramai pakai gaya ni n menampakkan gaya keremajaan mereka..........
harga anak tudung lak bergantung kepada jenis fabrik ada yang RM10, RM13, RM15 n RM50 pun ada.

Walaupun zaman kegemilangan tudung ariani belum tamat lagi....anak tudung ala2 syira ni sudah mendapat tempat di kalangan golongan muda masa kini termasuk 'me' n aku pun tengah tergila gilakan anak tudung ni hehe........

Kepada kwn2 yang baru nak berjinak-jinak pakai anak tudung ni try dulu baru tau....sesungguhnya menutup aurat adalah amalan kita sebagai seorang muslim